Cinta zaman sekolah rendah

Assalamualaikum,
 
                       Nama aku Mohammad nor shazwan bin nor salihi . Lahir pada 21 julai 1996 di hospital kuala pilah, Negeri sembilan . Suka melukis, menyanyi,menulis,berlakon dan berkarya . Tiada apa nak dikongsi setakat ini . sebab aku takda idea nak selit kat blog ni hahaha . Btw, pengalaman mengajar aku menjadi lebih matang . Pengalaman aku tidak seindah yang disangkakan . Dulunya aku taklah jahat sangat takdalah baik sangat . Aku dilahirkan dengan badan yang besar yang lebih faham lagi GEMOK .
         
                       Diketika aku berumur 7tahun aku sering di ejek oleh kawan2 aku lelaki mahupun perempuan . Biasalah masing2 belum matang masing2 mengejar keseronokkan . Bagi aku tak seronok pun . seronok ke di ejek? Selepas itu, masa tu aku darjah 3 tak silap aku lah . Aku suka kat budak ni hahaha lawak pulak . Masa tu cinta monyetkan hahaha . Then, aku cuba buat dia tertarik dengan aku dah macam peguin aku masa tu . Yelah nak ke dekat aku yang gemok ni? perempuan tu cantik kot . Haihhh

                       Masa tu, Handphones pun aku tak guna lagi . so, aku guna surat. Masa tu subjek BM aku gred C je . Dah dikira bangang! lah tu . So, ayat aku dalam surat tu ofcoz huru hara lah hahaha . Then aku masuk kelas dia senyap2 masa tu rehat . Surat tu aku letak dekat beg sekolah dia . Balik je sekolah aku nampak dia baca surat tu tapi yang sedihnya lepas baca dia buang , kalau kat tong sampah okay lagi ni dia buang kat bangkai tikus masa tu . Perghh pedih memang pedih . lepas tu, aku berputus asa sekejap sehingga lah aku naik darjah 4 .

                       Masa ni, aku darjah 4 . Dia pulak makin cantik hohoho . Then aku cuba dengan cara face to face . Kawan aku cakap kalau depan orang ramai barulah gentelman . so, ikutlah apa cakap diorang . Masa tu dekat canteen aku pergi dekat dia . Dialognya lebih kurang macam ni .
   
     Me: Hai awak, saya nak kenal dengan awak boleh? *muka malu
     Girls: kenal? kau siapa aku nak kenal?
     Me: Oh maaf tak kenalkan diri . Nama saya Shazwan , Darjah 4 atas awak setahun .
     Girls: So?
     Me: Saya nak awak jadi awek saya boleh? *muka malu
     Girls: Awek awak? awak gila ke ?! *tengking . awak ngan saya jauh beza tahu? Awak dahlah gemuk tak               handsome pulak tu . Ada hati nak jadi pakwa saya . Jatuh reputasi saya tahu? tahu tak ! Tak sedar               diri tak malu ke? Bodoh nya gemuk ni
 
     Disekeliling canteen tetiba jadi sunyi  
     Me: cakap elok2 boleh kan? takyahlah nak malu kan saya dekat sini .
   
                        Dengan kecewa hati ni aku pergi jauh daripada situ . Sedihkan? Sedih weh . Aku rasa malu gila . Sejak tu lah aku mula malu dengan perempuan . Aku benci gila dengan perempuan . Then, dia couple ngan kawan baik aku . Kawan baik kot . Lagi lah bertambah sakit hati aku ni . Aku pun bertekad lah dengan kawan2 aku yang lain taknak kawan dia hahaha . Standardlah budak2 kan? Kawan baik aku pun sebersalah then dia clash ngan perempuan tu . Ingat dah lega then ada pulak kawan aku lagi couple ngan dia . Masa aku rasa diri aku ni hina gila weh? sedangkan yang muka pecah pun dia terima lagilah aku yang tak terima ni . so, siapa lagi muka pecah? hahaha

                         Selepas itu, aku lupakan semua yang jadi dekat aku . Aku berazam nak lupakan dia sehinggalah aku darjah 6 . Dalam masa aku darjah 1 hingga darjah 6 aku tak pernah couple lagi . hahaha . Tak pernah merasa but teringin nak merasa . so, aku pun nak rasa couple tu macam mana . Aku mula kan plan B aku dengan cara menyamar hahaha . Dengar macam kelakar kan? hahaha . Aku menyamar orang yang paling di minati dekat sekolah tu . Hahaha then aku cuba lah perempuan lain yang cantik . Aku cuba dan terus mencuba aku dapat juga . Dia memahami aku rasa macam indah lah dunia ni . Masa tu aku dah ada handphone dah so mesej jelah . Ayat aku masa tu pun berbunga2 hahaha jiwang2 setiap hari . Sehinggalah dia sayang gila dekat aku . Tapi kalau dia tahu siapa aku mesti dia kecewa . hmm tapi aku cuba elakkan daripada kantoi . Situasi paling cemas ketika itu masa dia minta gambar aku hahaha . Kelam kabut aku cari Myspace budak yang ramai diminati tu . hahaha dapat juga aku gambar dia . So, dia pun percayalah yang aku ni yang handsome tu hahaha .

                        Setelah itu, Kitorang couple dalam masa 3bulan macam tu lah masa tu juga nak UPSR . Dia ajak jumpa, sebelum ni pun dia ajak jumpa tapi aku banyak mengelat . Takut dia kecewa tapi nak buat macam untuk masa depan aku dengan dia juga . So,aku jujur dengan dia yang aku ni bukan yang ramai diminati tu . Then, benda yang sama juga jadi !@#$%^&* . Setelah itu, Aku tegarkan diri benci perempuan ! hohoho *devil laugh . Setelah berapa lama selepas itu UPSR pun bermula . Aku pun buat lah bersungguh2 hahaha .

                        Inilah cerita CINTA zaman sekolah rendah aku hahaha . Lain kali kalau ada masa aku cerita zaman sekolah menengah aku . -TAMAT-